Sunday 23 December 2012

Anakku Irdina

Harini kita update cerita tentang anakku NUR IRDINA BINTI IZHAR SHAH.
Buah hati ibu dan abah termasuklah juga untuk keluarga di sebelahku dan en.hubby.
Cucu sulung di sebelahku dan Cucu tunggal perempuan merangkap cucu ke-9 keluarga en.hubby.
SaYaNg AnAk IbU..muuuuaaaahhh.

Masa ni Irdina baru 1tahun 6bulan..Ingatla tarikh ni, 14.9.2012, kalu tak silap Baskin Robbin ada bagi promosi 31% bagi semua jenis aiskrim dia.. Irdina pergi beli kat Quensbay, Penang dengan ibu dan abah.

Ragam Irdina - penuh dengan riak muka yang berbeza.

Sebenarnya Irdina pergi bercuti bersama abah dan ibu di Penang. Sempena hari lahir Ibu. Tidur kat Hard Rock Hotel. Bila lagikan..tapi yang pasti lepas ni akan pergi lagi.. Bes sangat.

Irdina ada mainan baru..Ibu belikan..Stroller be-bear. Suka sangat dia bila dapat tolak. Tapi yang tak dapat dilupakan, Irdina sekali nak naik duduk atas stroller ni. hmm mana muat sayang ibu..
Sayang dah besar.. Terpaksalah ibu dan makngah pegang kat bawah. Takut terjatuh..macam-macam ragam Irdina sayang ni ye...

Tart buah-buahan

Lama rasanya tak mengupdate blogku ini..hehe. Sekejap rajin sekejap malas..Seperti iklan CHIPSMORE plak..Saje nak update gambar-gambar je. Dah lama pergi kelas tart ni. Sekarang baru sempat masukkan dalam blog.. Sekadar minat nak mencuba buat sesuatu yang baru.
Taraaaaa produk terbaru dalam hidupku :TART BUAH-BUAHAN, amatla sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan, pertunangan, doorgift dan seangkatan dengannya.. Sangatla comel dipandangan mataku.

Senyum dulu..

Hasil buah-buahan ku..

Bersama FINISH PRODUCT, Tart buah-buahan

Order PeRtAmA

Order seterusnya..

Zoom-in sikit buah-buahan ni..sedapnya..nyummy..nyummy..

Terima kasih buat cikgu BALQIS di atas jasamu.. Saya amat menghargainya..
Sekarang jadi sumber pendapatan tambahan untuk saya.. Tak dapat nak update banyak gambar..Ada kat faceook..Tak sempat nak copy..Alhamdulillah..


Wednesday 31 October 2012

DoA MeLeMbuTKaN HaTi aNaK2

Ni nak share sikit, petua yang bermanfaat ni..
Setiap  malam sebelum hendaklah peluk cium Irdina dan ibu dan abah. 
Menjadi satu amalan untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga Izzura.
Bila dah nak tido, main-main kejap dengan Irdina, pastu bila dia nak tido peluk cium dan baca doa kat ubun2 dia.
 
Biasanya amalkan baca zikir Ya Latiff :

Zikir ni amat sesuai utk melembutkan hati anak2 yg keras.. yelah, bebudak kan.. ada kalanya tak berapa nak dengar cakap sgt.. so inilah salah satu langkah terbaik yg kita sebagai mak bapak kena buat..
 
Paling kurang pun baca jelah Ya Latiff pada ubun anak2 kita sebelum diorang tido.. 
 
Pastu bacalah surah:
1) AL-FATIHAH
2) AYAT KURSI
3) SURAH ALAM NASHRAH 
 
Disebabkan Irdina masih kecil dan tak tau cakap lagi, ibu bacakan untuk sayang ibu ye.
Hembuskan dari ubun-ubun ke kaki.
Bercakap-cakapla dengan dia, bagitau sayangnya ibu kat Irdina, nak jadi anak solehah, anak yang berjaya dunia dan akhirat.
Dah terbiasa camtu. Irdina nak tido, mesti cari ibunya, nak pelukla katakan..hehe.
 
Okeylah.. ni sajela nak share info khusus utk kita bersama :

p/s: klik untuk tengok lebih jelas.

Semoga info ini berguna untuk kami sekeluarga.
 

 

Tuesday 2 October 2012

Sambutan Aidilfitri kat tempat kerjaku..

Sambutan Aidilfitri di tempat kerjaku untuk tahun 2012 ni merupakan yang paling glamour la sebab ada artis plak datang perform. Apa lagi tumpang glamour sekali la ambil gambar..
Makan sambil berhibur.
Banner Majlis Terbuka Sambutan Aidilfitri.

Dari celah-celah bunga kertas..

Kambing golek tu...

Staff gegirl di store..

Pengibur yang diundang..

Thumb up all..


Wif Nabil..

Wif Angah..


Pose cikit.

Berdua bersama Nabil. Jangan jeles En. hubby.

Wif Angah.


Peserta menganyam ketupat.


Gerai ketupat.


Wif my best fren..

Kempen Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar 2012

Kali ni kat tempat kerjaku ada wat program "Kempen Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar 2012".
Sambutan yang menggalakkan daripada para pekerja dan pelatih universiti.
I pula jadi Commitee aritu. Adala tugasan-tugasan yang diberi. Sekali sekala memeriahkan majlis apa salahnya kn...
Tentatif program untuk aktiviti yang akan dijalankan.. Menarik..Colourful..i like...

Kakak-kakak yang tengah bergotong-royong. Sempat lagi posing ye..


Agihan makanan.. i duk dalam van ni jela..jangan jeles..hehe..

Lima orang ibu muda..

Kusyuk mendengar nasihat dari nurse.

Pantang nampak kamera, posing aje..

Committee yang terlibat.

Kumbang di sisi bunga-bunganya.

Antara yang terlibat dalam Kempen Menderma Darah.



Friday 7 September 2012

Bila bukan engineer masuk Plant...

Salam Jumaat. Selamat datang ke tempat kerjaku.
Bukan senang nak masuk plant, kena tunggu shutdown baru la leh tengok barang-barang besar ni..
Selama ni tau beli barang je, tapi tak pernah kenal sangat dengan barang-barang ni.
Tapi trip kali ni bes..semua kawan-kawan kat Purchasing turun padang..


Projek ni aku yang buat clearance kat port. hehe..
Bangga juga sebagai orang baru setahun jagung ni..

Pekerja tengah duk packing simen. Keja elok-elok ye bro..

Kiln berhenti jap untuk pembaikan.

Bata kat belakang tu saya beli tau..hehe.
Pose lagi.

Sempat lagi pose.

Tengok tempat packing automatik.

1,2,3,4,5,6 smile....

Kusyuk dengar penerangan engineer, Mr. G..

Tinggi tempat ni. Nasib ada lift..

Jom masuk kilang..

Pemandangan dari atas..Nice view..

Tuesday 4 September 2012

Lahirnya Anugerah Allah buat Izzura

Tanggal 16.3.2011, setelah mengandungkan baby selama 38minggu, akhirnya tibalah masanya untuk aku melahirkan babyku..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kurniaanNya, saya telah selamat melahirkan baby perempuan.
Nama yang indah dipilih, NUR IRDINA, cahaya kehormatan kami..
Sengaja mencari huruf I juga, sinonim dengan nama abahnya.

 
 Permata hatiku, Nur Irdina semasa dilahirkan.. Muka ikut sapa ye???



Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:
1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.

“ Tuhanku berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah
7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq

10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Selusuh
Kebiasaannya, orang-orang tua akan menyuruh anak mereka meminta air selusuh daripada orang tertentu bagi memudahkan bersalin.
Namun begitu, tidak ramai yang percaya akan keberkesanan air selusuh. Nasihat saya, jika tidak percaya tidak perlu minta sebab ia tidak akan berkesan sedikit pun bahkan akan menambahkan sakit, sakit hati tentunya.
Bagi yang meyakini air selusuh sebagai salah satu usaha pula perlulah mengambil berat penerangan yang diberikan mengenai cara penggunaan selusuh ini.
Sebenarnya selusuh bukan sahaja berperanan memudahkan bersalin malahan sebenarnya boleh digunakan untuk membetulkan kedudukan bayi songsang tetapi dengan kaedah yang berlainan.
Salah faham yang berlaku dalam masyarakat kita, perubatan Islam ini adalah pilihan terakhir selepas semuanya perlu diubah.