Monday 19 December 2011

Maternity mum @ 8bulan

Sudah lama saya impikan untuk buat outdoor masa tengah pregnant ni..bukan senang nak buat. My hubby nak kena spend masanya..TQ abang.. i know you're buzy..Zura hargainya...TQ to Syud coz sudi luangkan masa amik gambar kami..Suka sangat..
Sebenarnya ada tujuan sama ambil gambar ni. nak masuk peraduan..Majalah Pa&Ma.
Nak dijadikan cerita, gambar kami terpilih jadi no. satu la pulak. Lagi la bertambah-tambah suka....
Inilah masa untuk Izzura abadikan kenangan bersama masa tengah jadi "Mak Labu" ni..hehe..
Perut bulat. Scan baby girl. U guess?

 Suka gambar ini..
 Boleh pandang-pandang, boleh jeling-jeling..lalala..

 Abang, penting tu kena baca info kat dalam majalah Pa&Ma ni..
Akhirnya, my dream comes true. We are the winner. 1st winner.
I love it so much.


Pre-Wedding izzura

Dah menjadi satu trend sekarang, bakal pengantin yang nak berkahwin mesti akan buat "pre-wedding".
So, Izzura juga tak melepaskan peluang..bila lagikan..peluang hanya datang sekali seumur hidup..
Macam-macam gimik yang dipersembahkan, terpulang kepada masing-masing.
Bagi kami, simple2 aje..Nama pun photographer, tunangnya ni amik kesempatan la.hehe..TQ Abang...
Credit to kawan2 yang memberikan komitmen untuk menjayakan "Pre-wedding Izzura".
Lokasi: Kangar & Kuala Perlis.




Pengalaman mengandung,my 1st baby

Perkahwinan yang mencapai 4bulan mengajar saya erti kehidupan berumahtangga..Kesabaran,kerjasama,komunikasi antara pasangan amatla bermakna..
Dengan izin Allah, berita baik yang ditunggu-tunggu selama ini menjadi kenyataan..
Akhirnya saya disahkan hamil 2bulan..Syukur Alhamdullillah rezeki berpihak pada kami berdua..
Seluruh keluarga tak sabar untuk menantikan kelahiran yang bakal tiba...Due 10.3.2011. Doakan semuanya selamat... Alhamdulillah tiada alahan yang teruk. Saya dapat bekerja tanpa ada masalah..semuanya dipermudahkan.. Baby, cepat keluar..ibu & abah tak sabar ni..ikut sapa nati ye? Ibu @ abah? Tunggu...

@Langkawi

Seperti tak percaya pulak..Saya telah bertukar status...MRS IZHAR SHAH..My life will be changes..New environment,new family and new friends...
Mampukah saya??InsyaAllah semua akan berjalan mengikut kehendakNya.
@10.3.2010,honeymoon @Langkawi. Besnya..bukan senang nak keluar berduakan abang..Kami dapat mengenali diri antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Banyak perancangan masa hadapan dapat dibincangkan bersama. Apapun enjoyla trip ni dengan Abang...hehe..Bila kita nak pergi lagi????

 tumpang bahu...hehe

 smile...

 pose skit..

 keindahan ciptaan Allah

Burung kakak tua..hinggap di jendela...lalalala..

Trip honeymoon ni menjadi kenangan abadi dan terindah dalam hidup kita bersama..
Langkawi we will coming soon...

Monday 26 September 2011

28.02.2009

Kadang2 macam tak percaya pulak diri ini dah besar. Belajar pun dah abis. Sekarang alhamdulillah dapat pekerjaan yang menjamin masa depan.
Sampai la masa diri ni nak berkeluarga pula..Semuanya terjadi dengan sekelip mata..
28.02.2009- tarikh keramat tu..Diri ni menjadi tunangan orang..Sape lagi bakal isteri Izhar Shah Hassan..
Macam mana ye kita bercinta, tetiba nak bertunang dah..hehe..jangan marah abang...
Pertemuan kami bermula zaman study lagi tapi nak jadi jodoh pas keja baru betul-betul rapat..
Selalunya bertunang ni adalah satu proses perkenalan di antara kami berdua. Orang tua-tua selalu cakap jangan bertunang lama-lama.Dugaan...hehe..
Antara hadirin yang hadir


 sudah di ikat..huhu.i'm not single anymore..

with my family

my family & friends.thanx a lot

 posing aje..suka bangat..
Tunangku photographer, bakal isteri tumpang sekaki.posing @izphotography.com studio
 suka gambar ni.hehe.perasan lak.tunangku edit.good job abang..

Thursday 15 September 2011

Salasilah Keluarga

DEFINISI SALASILAH
Menurut kamus sastera Melayu, salasilah bermaksud susur galur keturunan, asal keturunan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa salasilah adalah bermaksud susur galur sesebuah keluarga atau asal usul keturunan seseuah keluarga.
 
DEFINISI KELUARGA
Keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga ” kulawarga” yang bererti ” anggota, kelompok kerabat”. Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga juga bermaksud satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
 
Sengaja saya mencari pengertian salahsilah keluarga, maklumat ini amat berguna kerana kita perlu mengetahui maksud dan matlamat bagi kehidupan kita..
Keluarga adalah segalanya bagi saya. Mereka merupakan inspirasi utama dalam hidup saya. SAYA SAYANG ANDA SEMUA.
 
Saya merupakan anak sulung dari 4orang puteri. Kebaikan adik beradik perempuan semua, kita boleh kongsi barang-barang seperti tudung, make-up dan kadang2 hobi boleh buat sama-sama. hehe.
Bertemu jodoh pula dengan anak bongsu dari 5orang adik beradik.Seorang perempuan, 4orang lelaki.
Rezeki juga bertemu jodoh sulung dengan bongsu. Biasala anak sulung ni selalu guna kuasa veto,adik2 kena ikut cakap akak..Tapi dengan suami tak jadila macam tu..Tak baik..
 
Bersama keluarga suami





Keluarga saya tercinta
 
Bersama mentua saya
 

Izzura...

Izzura... Gabungan nama antara saya&suami, Izhar Shah dan Nor Baizura. Jadi la Izzura.Nama ni pun dah jadi satu trademark untuk kami, suami isteri.
Saya baru berjinak-jinak mengenali blog ni. Maklumla boleh jadi untuk tatapan anak-anak di masa hadapan..
Sekarang ni masih tengah belajar lgi nak upload gambar, nak buat post2 yang menarik.. Tengah ligat mengerah idea juga ni.Dah ada hobi baru, lepas ni En.suami jangan bimbang ye kalau Cik Isteri tengah kusyuk melayan notebook, adala benda yang dibuat tu..hahaha..jangan marah abang...kenangan kita bersama...Luv you so much..